PENGENALAN
Dewan Penginapan Pelajar ( DPP ) Perwaja merupakan kolej ke lapan dari 16 buah kolej yang terdapat di UUM. DPP ini mempunyai 6 buah blok yang dapat menampung 750 mahasiswa dalam satu – satu masa.
LATAR BELAKANG DPP PERWAJA
D Perwaja diambil namanya sempena sumbangan daripada salah sebuah konglomerat tanah air di awal penubuhannya. DPP Perwaja merupakan salah satu dewan penginapan yang terletak di dalam Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, selain daripada DPP MISC, DPP Yayasan Al-Bukhary DPP Bank Muamalat. DPP Perwaja yang terdiri daripada enam blok yang mana empat daripadanya diperuntukkan kepada mahasiswi. DPP Perwaja cukup sinonim dengan gelaran PALAPES yakni sebahagian dari residennya merupakan ahli-ahli PALAPES darat, laut dan udara. Dengan disiplin dan semangat yang tinggi, DPP Perwaja beriltizam menjadi sebuah DPP yang disegani dan dihormati oleh DPP lain waima dalam bidang ko-kurikulum mahupun akademik. Lantas, dalam usaha membuktikan nekadnya, DPP Perwaja dari semasa ke semasa menganjurkan pelbagai program dan aktiviti dalam pelbagai aspek seperti kerohanian, kesukanan, kebudayaan dan kesenian, keusahawanan dan sebagainya, bertujuan untuk membentuk dan mebangunkan sahsiah residennya.
PALAPES
DPP Perwaja yang juga dikenali sebagai DPP PALAPES seperti yang telah diumumkan oleh Naib Canselor pada 2004. mahasiswa dan mahasiswi PALAPES terdiri daripada darat, laut dan udara. DPP PALAPES ini akan dipantau oleh jurulatih yang bertugas. Ini bagi menjamin kebersihan, kekemasan dan disiplin sabagai bakal pegawai tentera Malaysia.
LOKASI DPP PERWAJA
DPP Perwaja terletak berhampiran Kompleks Sukan, Dewan Mas, Litar Go-Kart, Pusat Kesihatan Universiti ( PKU ) dan Tasik Guthrie
DPP ini juga terletak di Laluan B iaitu sebaris dengan DPP TM, Sime Darby EON, Petronas dan berjiran dengan MISC